Month: January 2018

Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM 2018

Jumaat, 26 Januari 2018 – Ibu bapa dan penjaga murid-murid calon PT3 dan SPM 2018 telah menghadiri Majlis Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini.  Melalui majlis ini ibu bapa telah dibentangkan oleh Pn Nor Hayati Yusoff…

MoU dengan Fakulti Sains Universiti Malaya

Khamis, 25 Januari 2018 – Pasukan Research & Development (R&D) SBPI Gombak hari ini mengorak satu lagi langkah mengadakan persetujuan dengan Fakulti Sains Universiti Malaya apabila bersama-sama menandatangani MoU yang bakal menjadikan Fakulti Sains UM ini sebagai mentor kepada projek-projek R&D yang dijalankan oleh sekolah ini.  Majlis ini telah menyaksikan penandatanganan…

Ragbi MSSD Gombak

Khamis, 25 Januari 2018 – Selama 4 hari iaitu bermula 22 Januari hingga hari ini, SBPI Gombak telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Ragbi MSSD Daerah Gombak. Bagi Kategori bawah 18 tahun, sebanyak 7 buah pasukan daripada 7 buah sekolah telah bertanding. Manakala kategori bawah 15 tahun pula melibatkan 9…

Pelancaran Program Mentor Mentee 2018

Isnin, 22 Januari 2018 – Program mentor-mentee bermatlamat untuk menjadi satu saluran kepada murid-murid dalam membimbing mereka menangani pelbagai masalah agar mereka sentiasa terbimbing secara sihat. Hari ini program mentor-mentee telah dilancarkan dengan memperkenalkan mentor-mentor yang terdiri daripada para guru yang bakal membimbing mentee mereka daripada setiap dorm yang terdapat…

Kejohanan Merentas Desa Ke-15

Jumaat, 19 Januari 2017 – Kejohanan Merentas Desa bagi tahun 2018 untuk kali ke-15 telah berlangsung pada hari ini dengan jayanya. Kejohanan yang mengekalkan trek larian yang sama seperti tahun-tahun terdahulu ini telah menyaksikan kecemerlangan rumah Merah Delima berjaya memungut mata tertinggi untuk muncul sebagai juara keseluruhan. Rumah Hijau Zamrud…

Pendaftaran Murid Tingkatan 1

Rabu, 10 Januari 2018 – Tahniah dan selamat datang kepada murid-murid tingkatan 1 yang telah terpilih menjadi warga baharu SBPI Gombak.  Hari ini murid-murid yang terpilih telah mendaftar diri dan disambut dalam satu majlis khas untuk mereka. Melalui majlis yang turut dihadiri oleh En Mohd Zahri bin Abdul Rahim, Naib…

Lawatan SMA Modern Riyadhul Jannah, Jawa Barat, Indonesia

Selasa, 09 Januari 2018 – Seramai 38 orang murid dan seorang guru dari SMA Modern Riyadhul Jannah, Jawa Barat, Indonesia hari ini telah mengadakan lawatan ke SBPI Gombak. Lawatan ini bertujuan untuk mengetahui sistem pembelajaran yang menjadi amalan di sekolah ini memandangkan mereka juga adalah salah sebuah sekolah berasrama penuh di…

Pelantikan Guru Muda SPM & PT3

Isnin, 08 Januari 2018 – Murid-murid cemerlang bagi setiap mata pelajaran SPM dan PT3 hari ini telah dilantik sebagai Guru Muda pelajaran dalam satu majlis yang diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Setiap Guru Muda adalah bertanggungjawab membimbing rakan-rakan lain yang bermasalah dalam pembelajaran.  Sistem Guru Muda ini adalah salah satu…

Majlis Perpisahan Pn Mahfuzah

Khamis, 4 Januari 2018 – Sempena pertukaran Pn Mahfuzah Mamat ke sekolah baharu, Kelab Guru & Staf SBPI Gombak hari ini telah mengadakan satu majlis ringkas bagi menghargai segala sumbang bakti beliau selama 9 tahun berkhidmat di sekolah ini. Pn Mahfuzah yang merupakan guru Bahasa Inggeris ini akan bertukar ke…

Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid

Rabu, 03 Januari 2018 – Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusast Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) dan Badan Dakwah Islamiah (BADAR) merupakan organisasi yang dibentuk dalam kalangan murid bagi membantu pentadbiran pengurusan murid sepanjang berada di sekolah. Murid-murid yang telah terpilih dalam organisasi tersebut telah dilantik dalam satu Majlis Watikah…