Month: August 2016

Latihan Kebakaran

Rabu, 17 Ogos 2016 – Kemungkinan dalam menghadapi kemungkinan bencana dan kemalangan perlu sentiasa diambil berat. Persediaan menghadapi musibah haruslah sentiasa dipandang serius.  Berkaitan dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini telah mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan seluruh warga sekolah. Setelah loceng kecemasan dibunyikan semua…

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Isnin, 15 Ogos 2016 – Bertempat di Dewan Seri Gemilang, SBPI Gombak, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara peringkat sekolah telah diadakan hari ini. Pelancaran pada pagi ini telah disempurnakan oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. Sambutan bulan kemerdekaan dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ pada tahun ini akan diisi…

Sepetang Bersama Ustaz Don Daniyal

Rabu, 10 Ogos 2016 – Bank Rakyat cawangan Setapak dan Yayasan Bank Rakyat hari ini telah sudi menaja program ‘Sepetang Bersama Ustaz Don Daniyal’ di sekolah ini.  Peluang ini membolehkan warga sekolah bertemu dan mendengar ceramah daripada seorang fugira agama yang terkenal masa kini itu. Ustaz Don Daniyal yang kerap…

Hari Koperasi Sekolah

Sabtu, 6 Ogos 2016 – Koperasi SBPI Gombak hari ini menganjurkan Hari Koperasi Sekolah dengan tema ‘Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan’. En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak dalam ucapan perasmiannya pagi ini berharap agar program ini dapat menanam minat keusahawanan dalam kalangan murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang suka…

MEDINI 7’S RUGBY CHALLENGE

Pasir Gudang, Ahad, 31 Julai 2016 – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah menghantar dua buah pasukan untuk menyertai Pertandingan Ragbi Medini 7’s Rugby Challenge 2016 kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun. Pertandingan ragbi yang berprestij ini telah diadakan di MPPG Sports Ground di Pasir Gudang , Johor….