Sepetang Bersama Ustaz Don Daniyal

Sepetang Bersama Ustaz Don Daniyal

Rabu, 10 Ogos 2016 – Bank Rakyat cawangan Setapak dan Yayasan Bank Rakyat hari ini telah sudi menaja program ‘Sepetang Bersama Ustaz Don Daniyal’ di sekolah ini.  Peluang ini membolehkan warga sekolah bertemu dan mendengar ceramah daripada seorang fugira agama yang terkenal masa kini itu. Ustaz Don Daniyal yang kerap muncul di kaca televisyen telah menyampaikan ceramahnya yang berbentuk pesanan secara santai dan bersahaja. Antara pesanan yang ditujukan kepada murid-murid sekolah ini adalah memupuk rasa bersyukur, bersangka baik dan merancang masa hadapan di samping melengkapkan diri dengan ilmu yang bermanfaat.  Ustaz Don juga sempat meluangkan masa beramah mesra bersama guru-guru dan murid-murid.

Sila klik link di bawah untuk gambar peristiwa :