Month: March 2018

‘Smart Learning Programme’ bersama EDU Global School, Bandung, Indonesia

Khamis, 29 Mac 2018 – EDU Global School dari Bandung Indonesia telah mengadakan lawatan mereka ke SBPI Gombak selama dua hari bagi mengadakan ‘Smart Learning Programme’. Delegasi yang terdiri daripada 13 orang murid dan 5 orang guru tersebut telah mengambil peluang ini untuk mengenali sekolah ini terutamanya berkaitan dengan sistem…

Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-16

Jumaat, 16 Mac 2018 – Mesyuarat Agung PIBG kali ke-16 bagi SBPI Gombak telah diadakan hari ini di Dewan Seri Gemilang.  Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Tuan Hj Sajoli bin Masdor, Ketua Pegawai Pendidikan Daerah, Pejabat Pendidikan Daerah Gombak. Mesyuarat kali ini telah sebulat suara memilih untuk mengekalkan AJK…

Program Pertukaran Murid dengan SMP Negeri 1 Kudus, Indonesia

Khamis, 15 Mac 2018 – Setelah berada selama 5 hari bermula 12 Mac lalu, program pertukaran murid dengan SMP Negeri 1 Kudus, Semarang Indonesia berakhir pada hari ini dalam satu majlis penutupan yang diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Seramai 15 orang murid dari sekolah tersebut telah berpeluang merasai pengalaman persekolahan…

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2017

Khamis, 15 Mac 2018 – Keputusan SPM bagi tahun 2017 yang diumukan hari ini telah menyaksikan seramai 19 orang calon daripada SBPI Gombak telah berjaya memperolehi keputusan semua A.  Murid terbaik adalah Saudari Fatin Nadhirah binti Ahmad Tarmizi yang juga menjadi salah seorang murid terbaik SPM bagi negeri Selangor.  Secara…

Cabaran Debat Za’ba, UKM

Ahad, 11 Mac 2018 – Cabaran Debat Za’ba merupakan satu kejohanan debat yang pertama kali diperkenalkan pada 2015 menerusi Karnival Premier Za’ba UKM (KAPREZA) bagi menghimpunkan pendebat-pendebat amatur dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia.  Pertandingan yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 9 Mac yang lalu telah disertai oleh pasukan debat Bahasa Melayu…

Kursus Kepimpinan Kokurikulum

Ahad, 11 Mac 2018 – Unit Kokurikulum SBP Integrasi Gombak telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Kokurikulum di Eco Marine Pulau Perhentian Terengganu, bermula 9 Mac yang lalu.  Program ini telah melibatkan seramai 34 orang murid tingkatan 3 dan diiringi oleh 8 orang guru. Kurus ini adalah bertujuan untuk membina dan membentuk…

‘The 7th Hyper Interdisciplinary Conference’ di Jepun

Sabtu, 3 Mac 2018 – Muhammad Alif Shahrum dan Fazreel Edie  yang telah memenangi pertandingan Science Castle yang diadakan di Singapura pada November 2017 lalu telah berpeluang mengikuti ‘The 7th Hyper Interdisciplinary Conference’ di Tokyo, Jepun. Pengajur pertandingan tersebut iaitu ‘Leave a Nest’ telah menghimpunkan kesemua pemenangan melalui 6 siri pertandingan…

Hari Terbuka Asrama – Karnival Mahabbah

Sabtu, 03 Mac 2018 – Salah satu agenda tahunan sekolah iaitu Hari Asrama Terbuka telah dilaksanakan hari ini dengan tema ‘Mahabbah Indah, Ukhwah Teserlah’. Majlis yang juga berentuk karnival ini telah melibatkan pelbagai jualan dan pameran dari pelbagai pihak luar di samping oleh organisasi-organisasi rumah yang terdapat di sekolah ini. …

Lawatan SMK Dato Hj Ahmad Said, Terengganu

Jumaat, 2 Mac 2018 – Seramai hampir 20 orang guru-guru dari SMK Dato Hj Ahmad Said, Kuala Terengganu hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBPI Gombak. Lawatan ini adalah bertujuan untuk membuat penandaarasan dari sudut Pdpc Abad 21. Melalui lawatan ini delegasi telah berpeluang menyaksikan persembahan ‘Gagage Band’ sekolah…