Sabtu, 3 Mac 2018 – Muhammad Alif Shahrum dan Fazreel Edie yang telah memenangi pertandingan Science Castle yang diadakan di Singapura pada November 2017 lalu telah berpeluang mengikuti ‘The 7th Hyper Interdisciplinary Conference’ di Tokyo, Jepun. Pengajur pertandingan tersebut iaitu ‘Leave a Nest’ telah menghimpunkan kesemua pemenangan melalui 6 siri pertandingan pada tahun lalu. Empat buah sekolah adalah dari Jepun, sebuah sekolah dari Singapura, manakala SBPI Gombak mewakili Malaysia. Melalui conference ini kesemua pemenang telah membentangkan hasil kajian mereka untuk tujuan perkongsian bersama sekolah-sekolah lain.