Month: April 2016

Majlis Pelancaran NILAM & Jom Membaca

18 April 2016- Pelancaran Majlis Nilam dan Jom Membaca SBP Integrasi Gombak 2016 telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Puan Rahanim binti Abd.  Rahim, Pengetua SBP Integrasi Gombak. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga SBP Integrasi Gombak menyahut seruan Jom Membaca bagi meluaskan paradigm pengetahuan khususnya murid-murid dan guru-guru. Perkara…

Majlis Anugerah Kecemerlangan Ke-13

Sabtu, 16 April 2016 – Majlis Anugerah Kecemerlangan  dan Graduasi  SBP Integrasi Gombak Ke-13 Tahun 2016 telah disempurnakan perasmiannya  oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin  bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (OPerasi Pendidikan).  Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan kecemerlangan murid itu bertitik tolak daripada kecemerlangan guru itu sendiri. Hal…

International Engineering Invention Innovation Exhibition I-ENVEX 2016

Ahad, 10 April 2016 – Seramai 4 orang murid team inovasi SBP Integrasi Gombak telah menyertai International Engineering Invention Innovation Exhibition I-ENVEX 2016, bertempat di Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP).  Murid-murid yang terlibat adalah Nasree Hayeesama-Ae, Rabi’atul Adawiyah Azlan, Aisyah Jazilah Samsudin dan Wan Muhammad Fayadh Bin Wan Mohd Fadzlullah yang diringi oleh Pn Suraya Shabingin selaku guru…

Kem Kepimpinan Murid

Isnin, 04 April 2016 – Kem Kepimpinan Murid anjuran Ahli Jawatankuasa Kokurikulum SBP Integrasi Gombak bertempat di Pulau Perhentian Terengganu mencipta sejarah yang tersendiri apabila turut memberikan peluang kepada murid-murid mengenali masyarakat tempatan di Pulau Perhentian Kecil melalui aktiviti Kajian Lapangan. Mereka dikehendaki menemu ramah masyarakat tersebut dan mendekati mereka melalui soal-jawab…

Program Dinamis Immersion

Jumaat, 1 April 2013 – Sebanyak 8 buah sekolah telah selamat menjalani program ‘Dinamis Immersion’ di sekolah ini selama seminggu bermula hari Isnin yang lalu. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SM Sains Hulu Terengganu, SM Sains Sultan Mahmud Terengganu, SM Sains Tapah Perak, SM Sains Kuala Selangor, SM Agama Kuala Lumpur, SM Agama…

Al-Fatihah Buat En Azhar

Khamis, 31 Mac 2016 – Setelah disahkan kanser tahap 4 dan dimasukkan ke Hosptal Selayang beberapa hari yang lalu, En Azhar bin Mohd Taib, salah seorang pemandu SBP Integrasi Gombak telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Kuala Lumpur sekiar jam 4.30 petang. Berita mengejutkan ini sudah tentu mengundang kesedihan…

Majlis Persaraan Pn Che Gayah & Pn Rahimah

Khamis, 31 Mac 2016 – Dua orang guru SBP Integrasi Gombak telah menamatkan perkhidmatan mereka pada hari ini iaitu Pn Che Gayah Abdul Latiff dan Pn Rahimah Abdul Rahim dan bersempena dengan itu satu majlis khas meraikan persaraan mereka telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang oleh seluruh…

Program ‘Outreach’ Bahasa Melayu

Rabu, 30 Mac 2016 – Program ‘Outreach’ Bahasa Melayu memberikan fokus tentang Novel Tirani Karya Beb Sabariah. Novel yang menjadi rujukan murid Tingkatan Lima 2016 di Lembah Kelang dan Negeri Sembilan ini mula perkenalkan pada tahun ini. Antara aktiviti pengayaan novel ini ialah persembahan forum berkaitan perspektif murid terhadap novel ini….

Program ‘Outreach’ Matematik Tambahan

Sabtu, 26 Mac 2016 – Sebagai persediaan menghadapi peperiksaan SPM tahun ini dan bagi memantapkan lagi keupayaan menjawab kertas Matematik Tambahan, panitia mata pelajaran tersebut telah mengadakan program ‘outreach’ pada hari ini. Program ini telah dikendalikan oleh fasilitator mata pelajaran tersebut yang telah dilantik dalam kalangan murid-murid berpotensi. Program ini…