Majlis Persaraan Pn Che Gayah & Pn Rahimah

Majlis Persaraan Pn Che Gayah & Pn Rahimah

Khamis, 31 Mac 2016 – Dua orang guru SBP Integrasi Gombak telah menamatkan perkhidmatan mereka pada hari ini iaitu Pn Che Gayah Abdul Latiff dan Pn Rahimah Abdul Rahim dan bersempena dengan itu satu majlis khas meraikan persaraan mereka telah diadakan pada hari ini di Dewan Seri Gemilang oleh seluruh warga sekolah. Pn. Che Gayah (guru Matematik Tambahan) dan Pn Rahimah (guru Biologi) merupakan dua orang guru yang telah berkhidmat di sekolah ini sejak mula-mula sekolah ini beroperasi pada tahun 2013. Banyak pengalaman telah dapat mereka kongsikan dalam ucapan mereka untuk teladan semua melalui majlis tersebut. Sudah tentu segala jasa dan bakti akan sentiasa dikenang oleh semua warga SBP Integrasi Gombak. Terima kasih cikgu.

Klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar peristiwa :