Jumaat, 27 Mei 2016 – Kelab Guru & Staf SBPI Gombak hari ini mengadakan majlis jamuan ringkas di bilik guru bagi meraikan dan menghargai 2 orang guru SBPI Gombak yang bakal bertukar ke sekolah baharu pada bulan Jun iaitu bermula awal penggal kedua persekolahan tahun ini. Mereka adalah Pn Puteri…
Khamis, 26 Mei 2016 – Seramai 17 orang guru dari MRSM Muadzam Shah, Pahang telah mengadakan lawatan penandaarasan mereka ke sekolah ini. Delegasi ini telah mengambil peluang mengadakan sesi soal jawab bersama Pn Noridah Ramlan, Guru Penolong Kanan SBPI Gombak mengenai sistem, program dan pelbagai amalan yang dipraktikkan sekolah ini…
Rabu, 25 Mei 2016 – Seramai 4 orang murid-murid SBPI Gombak hari ini telah menyertai Pertandingan Beyond Engineering Innovation (BEGIN) Challenge 2016 peringkat kebangsaan. Pertandingan yang berlangsung di Fakulti Kejuruteraan Universiti Malaya ini telah disertai oleh Muhammad Muiz Ahmad Jefry, Nik Irfan Ar-Razi Mohd Asri, Haziq Abdul Wahab dan Mohamad Syahrul…
Selasa, 24 Mei 2016 – Seramai 40 orang murid darjah enam SK Seksyen 11 Kota Damansara hari ini telah mengadakan lawatan ke SBPI Gombak. Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada mereka tentang sekolah berasrama penuh. Mereka juga berpeluang bermesra dan bergaul dengan murid-murid tingkatan 2 sekolah ini melalui pelbagai aktiviti yang…
Isnin, 23 Mei 2016 – Setelah hampir 2 tahun 6 bulan berkhidmat di SBPI Gombak, penghujung peranan Pn Rahanim Abd Rahim sebagai Pengetua di sekolah ini sampai juga ke peghujungnya pada 25 Mei 2016. Bersempena dengan itu seluruh warga sekolah telah mengadakan majlis perpisahan ‘Bingkisan Kasih Sanjungan Budi’ sebagai penghormatan…
Ahad, 22 Mei 2016 – Panitia Biologi SBP Integrasi Gombak hari ini telah menganjurkan Program Bio-Outreach peringkat kebangsaan. Program yang bertujuan meningkatkan kefahaman biologi dalam kalangan murid-murid tingkatan 4 dan 5 ini telah juga disertai oleh 9 buah sekolah luar dari beberapa buah negeri. Program ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti…
Isnin, 16 Mei 2016 – Bersempena dengan hari guru yang jatuhnya pada tarikh hari ini, warga SBPI Gombak telah mengadakan majlis sambutan hari tersebut di peringkat sekolah bagi meraikan sumbangan dan jasa bakti guru-guru di samping memupuk nilai menghormati dan menghargai guru dalam kalangan murid-murid. Majlis pada hari ini telah…
Jumaat, 13 Mei 2016 – Seramai 24 orang pengetua daripada sekolah-sekolah di kepulauan Maldives telah mengadakan lawatan penanda arasan mereka ke sekolah ini. Delegasi ini telah mengambil peluang mengadakan sesi soal jawab bersama pengetua dan mereka sangat tertarik dengan konsep SBC (Subject Base Classroom) yang telah dipraktikkan di sekolah ini….
Rabu, 4 Mei 2016 – Seramai sepuluh orang pengetua dari sekolah-sekolah yang telah menerima gelaran ‘School of Global Excellence’ (SGE) hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBP Integrasi Gombak. SBP Integrasi Gombak yang juga salah satu daripada SGE telah dijadikan model penanda arasan dalam beberapa aspek sebagai contoh kepada sekolah-sekolah…
Khamis, 28 April 2016 – Program Nadwah Kepimpinan Islam sekolah-sekolah berasrama penuh telah selamat dijalankan selama empat hari bermula pada 25 April 2016 yang lalu bertempat di SBP Integrasi Selandar, Melaka. Program tahunan yang dianjurkan oleh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama & Sekolah Kecemerlangan ini telah menghimpunkan pempmpin-pemimpin murid dari seluruh…