Sambutan Hari Guru 2016

Sambutan Hari Guru 2016

Isnin, 16 Mei 2016 – Bersempena dengan hari guru yang jatuhnya pada tarikh hari ini, warga SBPI Gombak telah mengadakan majlis sambutan hari tersebut di peringkat sekolah bagi meraikan sumbangan dan jasa bakti guru-guru di samping memupuk nilai menghormati dan menghargai guru dalam kalangan murid-murid.  Majlis pada hari ini telah dipenuhi dengan acara permainan rakyat dan juga pesembahan oleh murid-murid di Dewan Seri Gemilang. Beberapa perutusan daripada kementerian juga telah dibacakan. Tema pakaian guru adalah ‘Alam Melayu Bangsawan’. Tema sambutan hari guru peringkat kebangsaan pada tahun ini adalah ‘Guru Pembina Negara Bangsa’.

Klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :