Month: October 2017

Perhimpunan Pertama Bersama Pengetua Baharu

Isnin, 30 Oktober 2017 – Warga SBPI Gombak hari ini menyambut kehadiran pengetua baharu dalam perhimpunan rasmi pada pagi hari ini.  Pn Nor Hayati binti Yusoff mengambil kesempatan memperkenalkan diri beliau dalam ucapan pertama kalinya sebagai Pengetua SBPI Gombak. Pengetua Cemerlang itu juga menegaskan agar semua warga sekolah dapat mengenal…

Debat Tunas Muda

Ahad, 29 Oktober 2017 – Pertandingan Debat Tunas Muda anjuran Jabatan Bahasa SBPI Gombak hari ini telah melabuhkan tirainya setelah berlangsung selama 3 hari bermula hari Jumaat, 27 Oktober yang lalu.  Sebanyak 13 buah sekolah telah bertanding dalam pertandingan kali ini. Sekolah Menengah Islam Al-Amin telah berjaya merebuat gelaran juara…

Majlis Setulus Kasih Seindah Memori

Jumaat, 27 Oktober 2017 – Sempena dengan pertukaran pengetua SBPI Gombak iaitu En Salleh Bin Ismail ke Sekolah Sultan Alam Shah, satu majlis penghargaan untuk beliau telah diadakan di Dewan Seri Gemilang hari ini. Melalui majlis ini En Salleh menyatakan rasa terharu beliau terhadap penghormatan yang diberi serta berterima kasih…

Restu Ilmu Calon SPM 2017

Jumaat, 27 Oktober 2017 – Sempena peperiksaan SPM yang bakal menjelma tidak lama lagi, satu majlis restu ilmu antara calon-calon SPM 2017 dengan guru-guru telah diadakan.  Nuruddin Hamzah bin Hamzani telah mewakili batch mereka menyampaikan ucapan agar guru-guru dapat mendoakan kejayaan cemerlang buat mereka semua. Mereka juga berjanji akan cuba…

Pengetua Baharu Melapor Diri

Isnin, 24 Oktober 2017 – SBPI Gombak hari ini telah menerima kehadiran Pn Nor Hayati binti Yusoff yang melaporkan diri bagi menggantikan En Salleh bin Ismail sebagai pengetua di sekolah ini.  Pn Nor Hayati bakal menjalankan tugasnya sebagai pengetua mulai minggu hadapan. Manakala En Salleh pula telah ditempatkan di Sekolah Sultan…

Restu Ilmu Calon PT3

Jumaat, 6 Oktober 2017 – Bersempena dengan peperiksaan PT3 yang akan berlangsung pada minggu hadapan, murid-murid calon PT3 telah mengambil kesempatan untuk memperolehi restu daripada guru-guru atas segala ilmu telah yang diperolehi. Majlis yang diadakan pada waktu perhimpunan pagi itu turut mendengar ikrar dan janji calon-calon PT3 untuk berusaha mendapatkan…

Rehat Minda Calon SPM

Rabu, 04 Oktober 2017 – Murid-murid calon SPM 2017 hari ini telah meluangkan masa satu hari berada di Zoo Negara Kuala Lumpur bagi mengikuti program Rehat Minda yang diadakan khas untuk mereka.  Program ini memberi peluang kepada mereka melupakan sejenak rutin belajar mereka setelah bertungkus lumus membuat persediaan bagi menghadapi SPM….

Pelancaran Bulan Bahasa

Rabu, 02 Oktober 2017 – Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, SBPI Gombak hari ini telah melancarkan ‘Bulan Bahasa Peringkat Sekolah’ yang telah dirasmikan oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. Melalui bulan bahasa, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh Jabatan Bahasa melalui panitia pelbagai bahasa yang ada di sekolah ini. En Salleh…

Interaksi Akademik SPM & PT3 dan Solat Hajat

Sabtu, 30 September –  Ibu bapa murid-murid calon SPM dan PT3 pada hari ini telah hadir ke INTEGOMB untuk berinteraksi dengan guru-guru mata pelajaran bagi mengetahui kesediaan anak-anak mereka dalam menghadapi SPM dan PT3 yang bakal menjelang tidak lama lagi. Dalam majlis ini ibu bapa juga telah diberikan taklimat tentang keputusan…

iPad Showcase Tingkatan 1 dan 2

Jumaat, 29 September 2017 – Murid-murid tingkatan 1 dan 2 hari ini telah mengadakan ‘iPad Showcase’ yang membolehkan ibu bapa melihat sendiri bagaimana anak-anak mereka di INTEGOMB melalui proses pembelajaran dengan menggunakan iPad selaras dengan gaya pembelajaran abad 21. Melalui program ini murid-murid telah membuka beberapa ruruai mengikut mata pelajaran dan…