Month: November 2017

Perhimpunan & Mentor Mentee Terakhir 2017

Jumaat, 24 November 2017 – Sempena cuti akhir tahun 2017 yang akan bermula esok, satu perhimpunan khas telah diadakan bagi memberikan beberapa pesanan dan peringatan kepada murid-murid. Pn Pengetua dalam ucapannya berharap agar pada tahun hadapan murid-murid dapat membuat perubahan dengan pelbagai penambahbaikan yang dapat memantapan imej dan keterampilan murid-murid….

Penutupan & Penyampaian Hadiah Bulan Bahasa

Khamis, 23 November 2017 – Murid-murid yang menyertai pelbagai aktiviti dan pertandingan sepanjang bulan bahasa peringkat sekolah hari ini menerima hadiah kemenangan mereka masing-masing dalam majlis penutupan yang telah diadakan sewaktu perhimpunan pagi.  Pn pengetua telah sudi menyampaikan hadiah kepada semua pemenang. Aktiviti-aktiviti yang telah dianjurkan telah dapat menarik minat…

Lawatan Dinas Pendidikan Kota Tangerang, Indonesia

Rabu, 22 November 2017 – Seramai 17 pegawai pendidikan dari Dinas Pendidikan Kota Tangerang, Indonesia hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBPI Gombak.  Lawatan ini bertujuan untuk melihat dan mempelajari suasana pembelajaran di sekolah ini sebagai salah satu penandaarasan yang mungkin boleh dicontohi untuk faedah penambahbaikan pendididkan di tempat…

Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan

Selasa, 21 November 2017 – Pembudayaan ICT yang diperkasakan di SBPI Gombak hari ini telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila telah dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Terbaik Pembestarian Sekoah’ bagi kategori sekolah menengah dalam majlis ‘Anugerah Pembestarian Sekolah 2017’ peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bukit…

Bengkel Hafazan Al-Quran Konsep Neurofisiologi

Isnin, 20 November 2017 – Murid-murid tingkatan 1 dan 2 hari ini telah berpeluang mengikuti Bengkel Hafazan Al-Quran Konsep Neurofisiologi (Nadi Al-Baghdadi) di surau sekolah yang dibimbing oleh Ustaz Mohd Asshik bin Abu Hanipah dari Pusat Pembelajaran Al-Quran Nadi Al-Baghdadi Centre (NAC) Pandan Prima.  Melalui bengkel ini murid-murid didedahkan dengan…

Amali Sembelihan

Isnin, 20 November 2017 – Murid-murid tingkatan 4 hari ini berpeluang menjalani amali sembelihan apabila Panitia Agama hari ini telah menjalankan praktikal terhadap apa yang telah mereka pelajari dalam Pendidikan Agama Islam dengan tujuan murid-murid dapat mempraktikkan sendiri teknik sembelihan yang betul.  Program praktikal ini telah menggunakan kira-kira 50 ekor ayam…

Science Castle Singapore 2017

Ahad, 19 November 2017 – Delegasi R&D SBPI Gombak seramai 21 orang murid, bersama Pn Norzaina Binti Zainalabidin selaku guru pengiring mampu tersenyum gembira hari ini apabila telah dinobatkan sebagai juara keseluruhan dalam program ‘Science Castle 2017’ yang berlangsung di Singapura. Dua produk inovasi iaitu Mengoilsteen dan Lemuni Hitam masing masing…

Kursus Peningkatan Kemahiran Insaniah

Selasa, 7 November 2017 – Murid-murid tingkatan 3 dan 4 hari ini telah selesai menjalani kursus ‘Peningkatan Kemahiran Insaniah’ yang telah berlangsung selama dua hari bermula semalam bertempat di Kem Bina Negara Tanjung Rhu, Sungai Pelek, Selangor. Matlamat kurus ini adalah untuk melahirkan murid yang dapat menghadapi cabaran globalisasi pada…

Penilaian Anugerah Pembestarian ICT

Khamis, 02 November 2017 – Hasil dari amalan pembudayaan amalan ICT di sekolah, INTEGOMB telah berjaya disenaraipendekkan sebagai antara 5 buah sekolah yang menjadi calon penerima Anugerah Pembestarian ICT Sekolah Menengah bagi peringkat kebangsaan.  Untuk tujuan tersebut, hari ini pegawai penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan iaitu Pn Fazliaton Zainudin (Ketua Unit…

Hari Anugerah Kualiti 2017

Rabu, 01 November 2017 – En Shamsuddin bin Mustapha, Timbalan Pengarah (Sekolah Kecemerlagan) BPSBPSK hari ini telah sudi merasmikan Hari Anuegrerah Kualiti, SBPI Gombak bagi tahun 2017.  Majlis ini adalah untuk menghargai dan memberi pengiktirafan kepada lebih 160 orang murid yang telah memberi sumbangan dan kecemerlangan dalam bidang NILAM, Kokurikulum…