Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan

Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan

Selasa, 21 November 2017 – Pembudayaan ICT yang diperkasakan di SBPI Gombak hari ini telah mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia apabila telah dinobatkan sebagai penerima anugerah ‘Terbaik Pembestarian Sekoah’ bagi kategori sekolah menengah dalam majlis ‘Anugerah Pembestarian Sekolah 2017’ peringkat kebangsaan yang telah berlangsung di Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Bukit Kiara, Kuala Lumpur.  Pengiktirafan ini telah membolehkan sekolah menerima hadiah bernilai RM10,000 yang telah disampaikan oleh YB Senator Datuk Chong Sin Woon, Timbalan Menteri Pendidikan II.  Majlis ini juga telah memberikan pengiktirafan kepada sekolah-sekolah lain dalam pelbagai kategori dan pertandingan yang telah dianjurkan oleh pihak BTP sepanjang tahun 2017.  Pasukan muzik ‘Garage Band’ sekolah yang menggunakan iPad sebagai alat muzik juga turut mencuit hati para hadirin dengan persembahan menarik mereka.

Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan 2017 | Eduwebtv.com | Pendidikan Digital Untuk Semua

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan