Month: March 2019

Program Pengantarabangsaan Taekwondo di Muju, Korea

Rabu, 27 Mac 2019 – Seramai 17 orang murid dan 3 orang guru dari pasukan taekwondo SBPI Gombak telah mengadakan program pengantarabangsaan di Pusat Latihan Taekwondo yang terletak di Muju, Korea Selatan dari 21 hingga 27 Mac 2019.  Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kaedah dan teknik latihan serta strategi…

Lawatan Ke Sekolah Itsukaichi, Hiroshima

Selasa, 26 Mac 2019 – Seramai 10 orang guru SBPI Gombak yang mengadakan sesi lawatan ke Jepun telah sempat meluangkan masa satu hari ke Hiroshima bagi mengunjungi ‘sister school‘ sekolah ini iaitu Sekolah Tinggi Itsukaichi.  Kunjungan ini telah disambut oleh beberapa orang guru sekolah tersebut bersama 6 orang murid mereka…

Mesyuarat Agung PIBG Ke-17

Jumaat, 22 Mac 2019 – Mesyuarat Agung PIBG kali ke-17 bagi SBPI Gombak telah diadakan hari ini di Dewan Seri Gemilang.  Mesyuarat kali ini telah dirasmikan oleh Puan Aniza binti Kamarulzaman, Ketua Penolong Pengarah Kanan Sekolah Kluster Kecemerlangan Bahagian SBP dan Sekolah Kecemerlagan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Mesyuarat kali ini telah…

Majlis Tadarus Al-Quran Dan Festival Nasyid Daerah Gombak

Selasa, 19 Mac 2019 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menjadi tuan rumah kepada Majlis Tadarus Al-Quran dan Festival Nasyid Sekaolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia peringkat daerah Gombak bagi tahun 2019.  Melalui majlis ini beberapa pertandingan seperti Tadarus Al-Quran, Syarahan Agama, Nasyid dan sebagainya telah dilangsungkan bagi sekolah-sekolah yang terpilih…

Program Perkongsian Pintar (3P) SK Sungai Pusu

Ahad, 16 Mac 2019 – Seramai 80 orang murid-murid dari SK Sungai Pusu Gombak telah mengadakan program perkongsian pintar dengan sekolah ini bermula semalam dan berakhir pada hari ini.  Murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini telah diberi peluang untuk merasai pengalaman menginap di sekolah ini di samping mengikuti…

Majlis Penyerahan Keputusan SPM 2018

Khamis, 14 Mac 2019 – Keputusan SPM bagi tahun 2018 yang diumukan hari ini telah menyaksikan seramai 32 orang calon daripada SBPI Gombak telah berjaya memperolehi keputusan semua A.  Keputusan SPM bagi tahun ini telah berjaya menjulang kembali nama SBPI Gombak sebagai 10 terbaik dalam senarai SBP apabila berjaya menempatkan…

Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid

Isnin, 11 Mac 2019 – Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Badan Dakwah Islamiah (BADAR), Ahli Lembaga Koperasi Sekolah (ALK) dan Sidang Redaksi Menento merupakan organisasi yang dibentuk dalam kalangan murid bagi membantu pentadbiran pengurusan murid sepanjang berada di sekolah. Murid-murid yang telah terpilih dalam…

Solat Hajat & Aku Janji PT3 – 2019

Sabtu, 09 Mac 2019 – Majlis solat hajat bagi murid-murid yang bakal menduduki PT3 tahun ini telah diadakan di Suaru Ar-Raudah pada pagi ini, bersama-sama ibu bapa mereka dan juga guru-guru yang berkesempatan untuk hadir sama. Acara selepas itu diteruskan pula di Dewan Seri Gemilang bagi bacaan ikrar aku janji…