Solat Hajat & Aku Janji PT3 – 2019

Solat Hajat & Aku Janji PT3 – 2019

Sabtu, 09 Mac 2019 – Majlis solat hajat bagi murid-murid yang bakal menduduki PT3 tahun ini telah diadakan di Suaru Ar-Raudah pada pagi ini, bersama-sama ibu bapa mereka dan juga guru-guru yang berkesempatan untuk hadir sama. Acara selepas itu diteruskan pula di Dewan Seri Gemilang bagi bacaan ikrar aku janji oleh murid-murid tingkatan 3 bagi menunjukkan kesediaan mereka untuk mencapai yang terbaik bagi PT3 tahun ini.  Majlis di dewan telah diterajui oleh Dr. Abdul Malek A.Rahman, seorang pakar motivasi undangan, yang turut menjalankan program motivasi ‘Top A Star Student’ bermula semalam lagi.  Dr. Abdul Malek A.Rahman atau lebih mesra dipanggil Pak Anjang melalui programnya banyak menjentik kesedaran murid agar menghargai pengorbanan ibu bapa dan guru dan seterusnya meningkatkan keazaman murid untuk menjalankan tanggungjawab mereka pada tahap terbaik.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :