Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid

Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid

Isnin, 11 Mac 2019 – Lembaga Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber (PSS), Pembimbing Rakan Sebaya (PRS), Badan Dakwah Islamiah (BADAR), Ahli Lembaga Koperasi Sekolah (ALK) dan Sidang Redaksi Menento merupakan organisasi yang dibentuk dalam kalangan murid bagi membantu pentadbiran pengurusan murid sepanjang berada di sekolah. Murid-murid yang telah terpilih dalam organisasi tersebut telah dilantik dalam satu Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Murid bagi tahun 2018 pada hari ini.  Pn Pengetua dalam ucapan beliau amat berharap semoga murid-murid yang terpilih dapat memikul tanggungjawab yang diamanahkan dengan sebaik mungkin agar dapat menjadi satu sumber sokongan dalam membantu kelancaran mengurusan murid disekolah. Majlis ini telah disempurnakan oleh Saudara Muhammad Fikri bin Ahmad, Pengerusi Alumni SBPI Gombak.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :