Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-16

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-16

Sabtu, 23 Februari 2019 – Kejohanan Olahraga Tahunan Kali Ke-16 telah berlangsung dengan jayanya pada hari ini. Selain mempertandingkan acara-acara padang dan balapan, seperti biasa murid-murid turut bertanding dalam acara senamrobik, perbarisan, hiasan khemah rumah dan papan info. Keputusan keseluruhan kejohanan olahraga telah berpihak kepada rumah Zamrud sebagai juara, manakala rumah Delima di tempat kedua. Rumah Topaz dan Nilam pula masing-masing berada di tangga ketiga dan keempat. Semoga acara kejohanan ini dapat mendidik murid tentang erti kerja sama dan semangat perpasukan dan kesukanan yang sewajarnya.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :