Program Pengantarabangsaan Taekwondo di Muju, Korea

Program Pengantarabangsaan Taekwondo di Muju, Korea

Rabu, 27 Mac 2019 – Seramai 17 orang murid dan 3 orang guru dari pasukan taekwondo SBPI Gombak telah mengadakan program pengantarabangsaan di Pusat Latihan Taekwondo yang terletak di Muju, Korea Selatan dari 21 hingga 27 Mac 2019.  Program ini adalah bertujuan memberi pendedahan kaedah dan teknik latihan serta strategi perlawanan dalam menghadapi pertandingan kepada guru-guru, jurulatih serta murid-murid yang terlibat dengan aktiviti taekwondo sekolah.  Selain SBPI Gombak, program ini turut disertai oleh pasukan-pasukan taekwondo lain dari pelabagai negara.  Peluang ini sudah tentu dapat memberi pengalaman yang berguna kepada semua yang terlibat dalam mempertingkatkan prestasi pasukan taekwondo sekolah.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :