Khamis, 4 April 2019 – Seramai 6 orang guru dan 33 orang murid dari Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang telah mengadakan lawatan penandaarasan mereka ke SBPI Gombak hari ini. Penandaarasan ini adalah lebih berfokus kepada pengurusan badan kepimpinan murid dan pengurusan asrama yang membabaitkan ramai kepimpinan murid dalam kalangan mereka hadir untuk meninjau dan mempelajari amalan-amalan baik yang menjadi model pengurusan di SBPI Gombak. Kesempatan ini juga sebenarnya telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak apabila dapat saling bertukar-tukar pengalaman untuk dijadikan panduan demi kebaikan pengurusan di sekolah masing-masing.
Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :