Program Perkongsian Pintar (3P) SK Sungai Pusu

Program Perkongsian Pintar (3P) SK Sungai Pusu

Ahad, 16 Mac 2019 – Seramai 80 orang murid-murid dari SK Sungai Pusu Gombak telah mengadakan program perkongsian pintar dengan sekolah ini bermula semalam dan berakhir pada hari ini.  Murid-murid yang bakal menduduki UPSR pada tahun ini telah diberi peluang untuk merasai pengalaman menginap di sekolah ini di samping mengikuti beberapa program bersifat motivasi yang dikelolakan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SBPI Gombak. Melalui progarm ini murid-murid Tahun 6 tersebut telah diberi kesedaran agar berusaha untuk mempertingkatkan potensi diri dan seterusnya berazam untuk berusaha mencapai yang terbaik dalam peperiksaan yang bakal diduduki tersebut. Program seperti ini sudah tentu dapat melatih murid-murid SBPI Gombak sebagai pembimbing kepada murid-murid yang lebih muda daripada mereka.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :