Penilaian Anugerah Pembestarian ICT

Penilaian Anugerah Pembestarian ICT

Khamis, 02 November 2017 – Hasil dari amalan pembudayaan amalan ICT di sekolah, INTEGOMB telah berjaya disenaraipendekkan sebagai antara 5 buah sekolah yang menjadi calon penerima Anugerah Pembestarian ICT Sekolah Menengah bagi peringkat kebangsaan.  Untuk tujuan tersebut, hari ini pegawai penilai dari Bahagian Teknologi Pendidikan iaitu Pn Fazliaton Zainudin (Ketua Unit Pembestarian Sekolah, Bahagian Teknologi Pendidikan, Kementerian Pendidikan Malaysia) telah membuat lawatan ke sekolah bagi melihat sendiri pembudayaan tersebut.  Semasa sesi penilaian, beberapa orang murid dan guru telah membuat pembentangan tentang amalan terbaik penggunaan ICT dalam proses pendidikan. Pn Noridah (GPK) juga telah mebentangkan sejarah dan perkembangan pembudayaan ICT yang sememangnya menjadi salah satu  aspek yang diperkasakan di sekolah ini.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Penilaian Anugerah Pembestarian ICT