Lawatan Murid SK Seksyen 11 Kota Damansara

Lawatan Murid SK Seksyen 11 Kota Damansara

Selasa, 24 Mei 2016 – Seramai 40 orang murid darjah enam SK Seksyen 11 Kota Damansara hari ini telah mengadakan lawatan ke SBPI Gombak.  Lawatan ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada mereka tentang sekolah berasrama penuh. Mereka juga berpeluang bermesra dan bergaul dengan murid-murid tingkatan 2 sekolah ini melalui pelbagai aktiviti yang telah dirancangkan untuk mereka di bawah kendalian unit Bimbingan dan Kauseling. Selain daripada itu mereka juga telah dibawa melawat dan meninjau sekitar kawasan sekolah.