Year: 2016

International Warsaw Invention Show, Poland

Sabtu,15 OKtober 2016 – Team R&D sekolah sekali lagi telah melebarkan kecemerlangan mereka apabaila menyertai ‘International Warsaw Invention Show’ yang telah diadakan di Poland pada 10 hingga 12 Oktober yang lalu. Kali ini team R&D telah diwakili oleh 2 orang murid daripada tingkatan 2 iaitu Nur Adam Syahmi Syamril dan…

Rehat Minda Calon SPM

Rabu, 12 OKtober 2016 – Murid-murid calon SPM 2016 hari ini telah meluangkan masa satu hari berada di Taman Tasik Titiwangsa Kuala Lumpur bagi mengikuti program Rehat Minda yang diadakan khas untuk mereka.  Program ini memberi peluang kepada mereka melupakan sejenak rutin belajar mereka setelah bertungkus lumus membuat persediaan bagi…

Kem Kepimpinan Kokurikulum Tingkatan 2

Ahad, 9 Oktober 2016  – Seramai 62 orang murid-murid tingkatan 2 hari ini telah berjaya menamatkan  aktiviti Kem Kepimpinan Kokurikulum yang telah diadakan di Pusat Kokurikulum Negeri Selangor, Kem Ampang Pecah, bermula petang 7 Oktober yang lalu. Kem ini bertujuan untuk membina dan memupuk nilai kepimpinan dalam kalangan murid-murid tingkatan…

Sambutan Hari Sukan Negara

Sabtu, 8 OKtober 2916 – Bersempena dengan  sambutan Hari Sukan Negara pada hari ini, semua warga SBP Integrasi Gombak telah berhimpun di Kalang Cekal bagi menyambut hari tersebut dengan pengisian aktiviti kecergasan.  Menurut En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak, semua warga SBPI Gombak seharusnya mengamalkan gaya hidup yang sihat…

Majlis Restu Ilmu Calon PT3

Jumaat, 7 Oktober 2016 – Bersempena dengan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) yang akan berlangsung dari 10 hingga 13 Oktober, hari ini telah diadakan perhimpunan ringkas bagi memberi peluang murid-murid calon PT3 yang bakal menduduki peperiksaan tersebut memohon restu ilmu daripada guru-guru yang telah mendidik mereka.  Wakil batch tingkatan 3 tahun…

Perasmian Bulan Bahasa

Rabu, 5 Oktober 2016 – Sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, SBPI Gombak hari ini telah melancarkan ‘Bulan Bahasa Peringkat Sekolah’ yang telah dirasmikan oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. Melalui bulan bahasa, pelbagai aktiviti akan diadakan oleh Jabatan Bahasa melalui panitia pelbagai bahasa yang ada di sekolah ini. En…

Solat Hajat Perdana PT3 dan SPM

Sabtu, 01 Oktober 2016 – Bersempena dengan peperiksaan PT3 dan SPM bagi tahun ini yang semakin hampir menjelang, program solat hajat perdana telah diadakan pada hari ini di Surau Ar-Raudah SBPI Gombak. Program yang bermula seawal 8 pagi ini telah dihadiri oleh ibu bapa calon-calon peperiksaan di samping murid-murid yang…

International Linkage Community 2016

Rabu, 28 September 2016 – Program International Linkage Community (ILC) yang telah diperkenalkan pada tahun lepas telah dilaksanakan sekali lagi pada tahun ini bermula 24 hingga 28 September dengan jayanya. Program kali ini telah menghimpunakan 5 buah sekolah dari 4 buah negara selain SBPI Gombak sebagai tuan rumah. Sekolah-sekolah antarabangsa…

Eksplorasi Pembelajaran Tingkatan 1

Jumaat, 9 September 2016 – Program Eksplorasi Pembelajaran Tingkatan 1 telah diadakan pada hari ini dengan matlamat untuk memberikan maklumat dan pendedahan kepada ibu bapa tingkatan 1 mengenai perkembangan anak-anak mereka terutamanya berkaitan pembelajaran dengan menggunakan iPad.  Ibu bapa diberi taklimat mengenai kaedah pembelajaran terkini tersebut agar mereka mendapat info…

Ragbi Persahabatan Dengan King Kolej Bangkok Thailand

Rabu, 31 Ogos 2016 – Seramai 25 orang murid dan 2 orang guru dari King Kolej Bangkok, Thailand hari ini telah mengadakan lawatan penandaarasan ragbi mereka ke sekolah ini. Lawatan ini telah memberi peluang kepada murid-murid bagi kedua-dua buah sekolah mengadakan perlawanan persahabatan sebagai lambang ikatan persaudaraan yang terjalin antara…