Year: 2016

Sambutan Ambang Merdeka ke-59

Selasa, 30 Ogos 2016 – Bersempena dengan sambutan kemerdekaan negara yang ke-59, warga sekolah turut sama meraikan hari kebangsaan negara ini dengan mengadakan ‘Majlis Sambutan Ambang Merdeka’ di bawah kelolaan panitia Sejarah. Majlis yang bermula pada pukul 9.00 malam ini telah dipenuhi dengan pelbagai aktiviti antaranya memasak makanan tradisi Melayu…

Latihan Kebakaran

Rabu, 17 Ogos 2016 – Kemungkinan dalam menghadapi kemungkinan bencana dan kemalangan perlu sentiasa diambil berat. Persediaan menghadapi musibah haruslah sentiasa dipandang serius.  Berkaitan dengan itu, pihak sekolah dengan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat hari ini telah mengadakan latihan kebakaran yang melibatkan seluruh warga sekolah. Setelah loceng kecemasan dibunyikan semua…

Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan

Isnin, 15 Ogos 2016 – Bertempat di Dewan Seri Gemilang, SBPI Gombak, Majlis Pelancaran Sambutan Bulan Kemerdekaan Negara peringkat sekolah telah diadakan hari ini. Pelancaran pada pagi ini telah disempurnakan oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. Sambutan bulan kemerdekaan dengan tema ‘Sehati Sejiwa’ pada tahun ini akan diisi…

Sepetang Bersama Ustaz Don Daniyal

Rabu, 10 Ogos 2016 – Bank Rakyat cawangan Setapak dan Yayasan Bank Rakyat hari ini telah sudi menaja program ‘Sepetang Bersama Ustaz Don Daniyal’ di sekolah ini.  Peluang ini membolehkan warga sekolah bertemu dan mendengar ceramah daripada seorang fugira agama yang terkenal masa kini itu. Ustaz Don Daniyal yang kerap…

Hari Koperasi Sekolah

Sabtu, 6 Ogos 2016 – Koperasi SBPI Gombak hari ini menganjurkan Hari Koperasi Sekolah dengan tema ‘Koperasi Sekolah Memupuk Keusahawanan’. En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak dalam ucapan perasmiannya pagi ini berharap agar program ini dapat menanam minat keusahawanan dalam kalangan murid dan seterusnya dapat melahirkan generasi yang suka…

MEDINI 7’S RUGBY CHALLENGE

Pasir Gudang, Ahad, 31 Julai 2016 – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah menghantar dua buah pasukan untuk menyertai Pertandingan Ragbi Medini 7’s Rugby Challenge 2016 kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun. Pertandingan ragbi yang berprestij ini telah diadakan di MPPG Sports Ground di Pasir Gudang , Johor….

World Invention Creativity Contest, South Korea

Sabtu, 30 Julai 2016 – Setelah menempa beberapa kejayan dalam negara, projek jubin berasaskan kulit telur ayam yang telah diusahakan oleh team r&d (research & development) sekolah telah dibawa lebih jauh ke peringkat antarabangsa dengan jenama ‘Caco Tiles’ iaitu dalam program ‘World Invention Creativity Contest’. Berlangsung di Korea Selatan bermula…

Majlis Persaraan Pn Faridah Said

Jumaat, 29 Julai 2016 – Pn Faridah binti Said yang telah memulakan perkhidmatannya sebagai guru pada1989, hari ini telah diraikan oleh seluruh warga SBPI Gombak di Dewan Seri Gemilang sempena persaraannya dalam satu majlis yang diadakan khas untuk beliau. Sebelum berkhidmat di SBPI Gombak pada 2004 hingga hari ini, beliau…

Future Scientists Conference 2016

Khamis, 28 Julai 2016 – Seramai 4 orang murid dati team R&D (research & development) sekolah ini telah menyertai program ‘Future Scientists Conference 2016’ anjuran Pusat Permata Pintar Negara, Universiti Kebangsaan Malaysia, dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka yang terlibat adalah Mohammad Syahrul Iqmal bin Mohd Baharudin, Haziq bin Abdul…

Kejohanan Olahraga Ke-13

Khamis, 28 Julai 2016 – Kejohanan Olahraga Tahunan SBPI Gombak Kali ke-13 telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Mejar (B) Mohd Abdul Wahab, ahli jawatankuasa PIBG mewakili Yang Dipertua PIBG SBPI Gombak. Dalam ucapannya, beliau berharap setiap murid meningkatkan keyakinan diri dalam usaha memartabatkan…