Year: 2016

Masjlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Rabu, 27 Julai 2016 – Memandangkan bulan Syawal masih belum berakhir, warga sekolah hari ini telah bersama-sama mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini. Bertempat di Dewan Seri Gemilang, setiap rumah telah mewujudkan ‘booth‘ raya masing-masing dan menghiaskannya mengikut tema warna rumah.  Tuan Pengetua En Salleh bin Ismail…

Program Immersion Dengan SMS Syed Putra, SMK BB Bangi dan SMAP Kajang

Jumaat, 22 Julai 2016 – Sebanyak 3 buah sekolah pada minggu ini telah mengadakan program immersion dengan sekolah ini. Sekolah-sekolah yang terlibat adalah SM Sains Syed Putra (kangar, Perlis), SMK Bandar Baru Bangi, dan SM Agama Kajang.  Beberapa orang murid dari setiap sekolah telah berpeluang bersekolah dan menjalani kehidupan harian…

Bantuan Makanan Tambahan

Isnin, 17 Julai 2016 – Rancangan bantuan makanan tambahan kepada semua murid-murid tingkatan 3, 4 dan 5 diteruskan lagi hari ini, lanjutan daripada program yang telah dilancarkan pada bulan Mac yang lalu yang hanya melibatkan 60 orang murid-murid tingkatan 4 dan tingkatan 5 terpilih. Melalui penambahbaikan program ini, semua murid…

Majlis Interaksi Akademik PT3 dan SPM

Sabtu, 15 Julai 2016 – Murid-murid calon PT3 dan SPM hari ini berpeluang mengetahui perkembangan akademik anak-anak mereka dengan lebih jelas melalui majlis interaksi yang diadakan hari ini.  Majlis ini dimulakan dengan ucapan daripada En Salleh bin Ismail, pengetua SBP Integrasi Gombak yang turut membentangkan keputusan ‘Peperiksaan Pertengahan Tahun’ murid-murid.  Melalui…

Penyampaian Anugerah Pengetua

Isnin, 10 Julai 2016 – Murid-murid tingkatan 5 yang mendapat pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu telah menerima sijil ‘Anugerah Pengetua’ yang disampaikan sendiri oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak.  Tujuan penganugerahan ini adalah unttuk memberi motivasi dan semangat serta penghargaan kepada murid-murid tingkatan lima agar…

Sumbangan Duit Raya

Jumaat, 1 Julai 2016 – Bersempena dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang, jawatankuasa kebajikan sekolah hari ini telah mengadakan majlis penyerahan sumbangan duit raya kepada murid-murid projek khas dan juga murid-murid dari keluarga berpendapatan rendah.  Sumbangan yang diperolehi daripada pelbagai pihak ini telah dikumpulkan dan diedarkan kepada murid-murid agar…

Majlis Khatam Quran & Iftar Jama’i

Rabu, 29 Jun 2016 – Sempena meraikan bulan Ramadan Al Mubarak, warga SBPI Gombak hari ini mengadakan Majlis Khatam Quran & Iftar Jama’i.  Majlis yang diadakan di Surau Al-Raudah ini telah dibimbing oleh ustaz jemputan khas yang telah diundang. Peserta-peserta yang terdiri daripada murid-murid lelaki telah memperdengarkan bacaan surah secara…

Perhimpunan Rasmi Pertama Bersama Pengetua Baharu

Isnin, 13 Jun 2016 – En Salleh Bin Ismail hari ini sebagai pengetua baharu SBP Integrasi Gombak bersama-sama semua warga pendidik dan murid-murid, buat pertama kalinya dalam perhimpunan rasmi sekolah. Semua warga sekolah telah menyambut kehadiran pengetua baharu ini dengan penuh mesra dan bersemangat untuk meneruskan kecemerlangan sekolah.  Mantan guru…

Majlis Perpisahan Pengetua Bersama-sama AJK PIBG 2016/17

Jumaat, 21 Mei 2016 – Satu Majlis Perpisahan Pengetua SBPI Gombak, Pn. Rahanim binti Abd. Rahim telah diadakan atas inisiatif Yang Dipertua PIBG, Brag. Jen. Muhammad Anwar bin Abdullah bertempat di Wisma Perwira Kuala Lumpur. Semua ahli jawatankuasa PIBG telah dijemput hadir bagi meraikan perpisahan tersebut. Acara makan malam itu…

Majlis Kenang-kenangan Bersama-sama Pn. Rahanim binti Abd. Rahim

25 Mei 2016 – Pihak sekolah telah mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama dengan Pn Rahanim binti Abd. Rahim sebelum majlis perpisahan beliau diadakan di Dewan Seri Gemilang SBPI Gombak. Sesungguhnya, sekolah pasti akan kehilangan suara mersik beliau yang memberikan semangat semasa di perhimpunan rasmi sekolah. Terima kasih, puan. Jasa dan baktimu…