Penyampaian Anugerah Pengetua

Penyampaian Anugerah Pengetua

Isnin, 10 Julai 2016 – Murid-murid tingkatan 5 yang mendapat pencapaian cemerlang dalam Peperiksaan Pertengahan Tahun yang lalu telah menerima sijil ‘Anugerah Pengetua’ yang disampaikan sendiri oleh En Salleh bin Ismail, Pengetua SBPI Gombak. ¬†Tujuan penganugerahan ini adalah unttuk memberi motivasi dan semangat serta penghargaan kepada murid-murid tingkatan lima agar sentiasa berusaha mencapai kecemerlangan akademik. Murid-murid yang cemerlang ini telah dikategorikan dalam tiga anugerah iaitu Anugerah Platinum dengan pencapaian semua A+, Anugerah Emas (semua A) dan Anugerah Lompatan Saujana (pelajar 10 terbawah berjaya keluar daripada senarai). ¬†Semoga usaha yang dijalankan dapat menjadi salah satu langkah dalam melonjakkan pencapaian SPM pada tahun ini.

Sila klik untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :