Pasir Gudang, Ahad, 31 Julai 2016 – Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak telah menghantar dua buah pasukan untuk menyertai Pertandingan Ragbi Medini 7’s Rugby Challenge 2016 kategori bawah 14 tahun dan bawah 16 tahun. Pertandingan ragbi yang berprestij ini telah diadakan di MPPG Sports Ground di Pasir Gudang , Johor….
Khamis, 28 Julai 2016 – Kejohanan Olahraga Tahunan SBPI Gombak Kali ke-13 telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah. Kejohanan tersebut telah dirasmikan oleh Mejar (B) Mohd Abdul Wahab, ahli jawatankuasa PIBG mewakili Yang Dipertua PIBG SBPI Gombak. Dalam ucapannya, beliau berharap setiap murid meningkatkan keyakinan diri dalam usaha memartabatkan…
Jumaat, 21 Mei 2016 – Satu Majlis Perpisahan Pengetua SBPI Gombak, Pn. Rahanim binti Abd. Rahim telah diadakan atas inisiatif Yang Dipertua PIBG, Brag. Jen. Muhammad Anwar bin Abdullah bertempat di Wisma Perwira Kuala Lumpur. Semua ahli jawatankuasa PIBG telah dijemput hadir bagi meraikan perpisahan tersebut. Acara makan malam itu…
25 Mei 2016 – Pihak sekolah telah mengabadikan gambar kenang-kenangan bersama dengan Pn Rahanim binti Abd. Rahim sebelum majlis perpisahan beliau diadakan di Dewan Seri Gemilang SBPI Gombak. Sesungguhnya, sekolah pasti akan kehilangan suara mersik beliau yang memberikan semangat semasa di perhimpunan rasmi sekolah. Terima kasih, puan. Jasa dan baktimu…
25 Mei 2016- SBPI Gombak melakarkan sejarah terkini apabila menerima Pengetua baharu iaitu, Encik Salleh bin Ismail bagi menggantikan Puan Rahanim binti Abd.Rahim. Tahniah dan selamat bertugas diucapkan kepada Encik Salleh bin Ismail.
Kubang Pasu – Pada 22 hingga 26 Mei 2016, SMS Kubang Pasu telah menjadi tuan rumah bagi penganjuran Hari Kecemerlangan Sekolah Berasrama Penuh (HKSBP) Kali ke-43 tahun 2016. Banyak acara yang dilangsungkan seperti pameran, Bahas Ala Parlimen Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, dan Majlis Anugerah Cemerlang SBP Bagi pencapaian cemerlang…
18 April 2016- Pelancaran Majlis Nilam dan Jom Membaca SBP Integrasi Gombak 2016 telah disempurnakan perasmiannya oleh Yang Berusaha Puan Rahanim binti Abd. Rahim, Pengetua SBP Integrasi Gombak. Dalam ucapannya, beliau menyeru semua warga SBP Integrasi Gombak menyahut seruan Jom Membaca bagi meluaskan paradigm pengetahuan khususnya murid-murid dan guru-guru. Perkara…
Sabtu, 16 April 2016 – Majlis Anugerah Kecemerlangan dan Graduasi SBP Integrasi Gombak Ke-13 Tahun 2016 telah disempurnakan perasmiannya oleh YBhg. Dato’ Haji Ahmad Tajuddin bin Jab, Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (OPerasi Pendidikan). Dalam ucapan perasmiannya, beliau menegaskan kecemerlangan murid itu bertitik tolak daripada kecemerlangan guru itu sendiri. Hal…
Isnin, 04 April 2016 – Kem Kepimpinan Murid anjuran Ahli Jawatankuasa Kokurikulum SBP Integrasi Gombak bertempat di Pulau Perhentian Terengganu mencipta sejarah yang tersendiri apabila turut memberikan peluang kepada murid-murid mengenali masyarakat tempatan di Pulau Perhentian Kecil melalui aktiviti Kajian Lapangan. Mereka dikehendaki menemu ramah masyarakat tersebut dan mendekati mereka melalui soal-jawab…