Lawatan Pengetua-Pengetua SGE

Lawatan Pengetua-Pengetua SGE

Rabu, 4 Mei 2016 – Seramai sepuluh orang pengetua dari sekolah-sekolah yang telah menerima gelaran ‘School of Global Excellence’ (SGE) hari ini telah mengadakan lawatan mereka ke SBP Integrasi Gombak.  SBP Integrasi Gombak  yang juga salah satu daripada SGE telah dijadikan model penanda arasan dalam beberapa aspek sebagai contoh kepada sekolah-sekolah SGE yang lain. Melalui peluang ini, para pengetua telah diberikan taklimat ringkas mengenai beberapa amalan yang telah diparktikkan di sekolah ini dalam merealisasikan gaya pendidikan abad ke-21.  Pengetua-pengetua juga mengadakan lawatan ke bilik-bilik SBC (Subject Base Classroom) di samping melihat sendiri proses PdP yang dijalankan.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :