Majlis Perpisahan Pn Ratna dan Pn Haryanti

Majlis Perpisahan Pn Ratna dan Pn Haryanti

Jumaat, 27 Mei 2016 – Kelab Guru & Staf SBPI Gombak hari ini mengadakan majlis jamuan ringkas di bilik guru bagi meraikan dan menghargai 2 orang guru SBPI Gombak yang bakal bertukar ke sekolah baharu pada bulan Jun iaitu bermula awal penggal kedua persekolahan tahun ini. Mereka adalah Pn Puteri Ratna Megat Abdul Wahab yang telah bertugas hampir 13 tahun di sekolah ini dan juga Pn Haryanti Mohd Ali (7 tahun).  Sebagai guru yang telah lama berkhidmat di sekolah ini, sudah tentu banyak kenagan suka duka yang telah dilalui oleh kedua-dua mereka. Semoga mereka lebih cemerlang di tempat baharu.  Turut diraikan adalah Cik Nurul Fatin Mohd Nazri dan Cik Noorashikin Sharil iaitu pelajar UiTM yang telah tamat latihan amali mereka di pusat sumber sekolah ini, dan juga Cik Fatin Fatina iaitu guru ganti matapelajaran Sains.

Klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :