Al-Fatihah Buat En Azhar

Al-Fatihah Buat En Azhar

Khamis, 31 Mac 2016 – Setelah disahkan kanser tahap 4 dan dimasukkan ke Hosptal Selayang beberapa hari yang lalu, En Azhar bin Mohd Taib, salah seorang pemandu SBP Integrasi Gombak telah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Besar Kuala Lumpur sekiar jam 4.30 petang. Berita mengejutkan ini sudah tentu mengundang kesedihan kepada semua warga sekolah. En Azhar yang dikenali dengan sifat ramah mesra dan sangat disenangi dalam kalangan murid-murid itu telah dibawa jenazahnya ke surau sekolah dan disolatkan oleh murid-murid SBPI Gombak sebagai penghormatan terakhir kepada beliau. Selepas waktu Maghib, jenazah terus dibawa pulang ke kampung beliau di Setiawan, Perak untuk urusan pengkebumian. Salam takziah buat keluarga allahyarham. Warga SBPI Gombak mendoakan kesejahteraan atas roh beliau. Al-Fatihah.

Klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar peristiwa :