Cabaran Debat Za’ba, UKM

Cabaran Debat Za’ba, UKM

Ahad, 11 Mac 2018 – Cabaran Debat Za’ba merupakan satu kejohanan debat yang pertama kali diperkenalkan pada 2015 menerusi Karnival Premier Za’ba UKM (KAPREZA) bagi menghimpunkan pendebat-pendebat amatur dari sekolah-sekolah seluruh Malaysia.  Pertandingan yang telah berlangsung selama 3 hari bermula 9 Mac yang lalu telah disertai oleh pasukan debat Bahasa Melayu SBPI Gombak buat pertama kalinya pada tahun ini. Lebih manis lagi pasukan sekolah telah berjaya menjuarai pertandingan kali ini dan telah merangkul hadiah berjumlah RM2000 beserta piala iringan, setelah menewaskan pasukan debat dari Sekolah Sultan Alam Shah pada peringkat akhir pertandingan tersebut. Pasukan sekolah telah diterajui oleh Omar Qayyum bin Hamdan, Aiesya Salsabila binti Mohd Radzuan dan Nur Izzah binti Muhammad Syaifun Azli.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peritiwa :