Program Pertukaran Murid dengan SMP Negeri 1 Kudus, Indonesia

Program Pertukaran Murid dengan SMP Negeri 1 Kudus, Indonesia

Khamis, 15 Mac 2018 – Setelah berada selama 5 hari bermula 12 Mac lalu, program pertukaran murid dengan SMP Negeri 1 Kudus, Semarang Indonesia berakhir pada hari ini dalam satu majlis penutupan yang diadakan di Dewan Seri Gemilang.  Seramai 15 orang murid dari sekolah tersebut telah berpeluang merasai pengalaman persekolahan dan seterusnya mengenal budaya serta cara hidup murid-murid di sekolah ini. Pengetua sekolah tersebut yang juga turut bersama dalam program ini menyatakan rasa terima kasih serta berharap kerjasama dapat diteruskan di antara kedua-dua sekolah. Majlis penutupan telah diserikan dengan beberapa persembahan daripada kedua-dua buah sekolah di samping penyampaian cenderahati.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :