Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM 2018

Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM 2018

Jumaat, 26 Januari 2018 – Ibu bapa dan penjaga murid-murid calon PT3 dan SPM 2018 telah menghadiri Majlis Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM yang telah diadakan di Dewan Seri Gemilang pada hari ini.  Melalui majlis ini ibu bapa telah dibentangkan oleh Pn Nor Hayati Yusoff (Pengetua SBPIG) dengan unjuran perkembangan akademik murid-murid serta strategi yang telah dirangka bagi mencapai kecemerlangan yang lebih baik dalam PT3 dan SPM pada tahun ini. Tn Hj Malek Amir Azmin Abdul Aziz, Yang Dipertua PIBG SBPI Gombak dalam ucapannya mengharapkan ibu bapa dapat mengambil peluang bertemu dengan guru-guru pada hari ini dan membincangkan langkah-langkah yang boleh diambil untuk membantu perkembangan akademik anak-anak.  Calon-calon SPM dan PT3 juga telah melafazkan ikrar dan janji mereka untuk mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan yang bakal mereka duduki pada tahun ini.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

Dialog Prestasi, Penetapan Sasaran dan Aku Janji PT3 & SPM 2018