MoU dengan Fakulti Sains Universiti Malaya

MoU dengan Fakulti Sains Universiti Malaya

Khamis, 25 Januari 2018 – Pasukan Research & Development (R&D) SBPI Gombak hari ini mengorak satu lagi langkah mengadakan persetujuan dengan Fakulti Sains Universiti Malaya apabila bersama-sama menandatangani MoU yang bakal menjadikan Fakulti Sains UM ini sebagai mentor kepada projek-projek R&D yang dijalankan oleh sekolah ini.  Majlis ini telah menyaksikan penandatanganan MoU tersebut di antara Pn Nor Hayati Yusoff, Pengetua SBPI Gombak dengan Profesor Dr Zanariah Abdullah, Dekan Fakulti Sains Universiti Malaya di pejabat dekan tersebut di Universiti Malaya.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :

MoU dengan Fakulti Sains Universiti Malaya