Majlis Menggilap Bintang Tingkatan 1

Majlis Menggilap Bintang Tingkatan 1

Jumaat, 18 Januari 2019 – Setelah lebih seminggu menjalani orientasi, murid-murid Tingkatan 1 hari ini menutup tirai minggu orientasi mereka dalam Majlis Menggilap Bintang di Dewan Seri Gemilang.  Lebih manis lagi majlis ini turut dihadiri oleh ibu bapa mereka, bagi menyaksikan bakat anak-anak mereka yang kini telah bergelar murid SBP Integrasi Gombak.  Persembahan mereka ini juga adalah isyarat yang dapat menunjukkan kesediaan mereka senagai murid-murid yang berani untuk tampil menyahut cabaran dalam mendepani liku sepanjang menangguk pengalaman hidup di SBP Integrasi Gombak ini.  Pn Pengetua yang turut hadir dalam majlis ini juga berharap murid-murid Tingkatan 1 tahun ini dapat mempelajari pelbagai perkara dengan lebih positif dan sentiasa bersedia membetahkan diri dengan kehidupan baharu mereka.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekiar peristiwa :