7th KIA Eco Dynamics Expedition 2017

7th KIA Eco Dynamics Expedition 2017

Isnin, 16 Januari 2016 – Seramai 10 orang murid SBPI Gombak yang mengikuti program ‘7th KIA Eco Dynamics Expedition 2017’ telah menerima sijil penyertaan masing-masing daripada pihak pengetua hari ini. Program yang telah berlangsung dari 6 hingga 14 Januari adalah anjuran United Nations Environmental Programme (UNEP) dan KIA Motors, dan berlangsung di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Crescent Kuala Lumpur. Program ini telah disertai oleh 88 oramg murid daripada 6 buah negara dan SBPI Gombak telah mewakili Malaysia. Seramai 4 orang peserta SBPI Gombak telah menerima beberapa anugerah iaitu Prototaip Terbaik yang diterima oleh Hifzan Hafiy Mohd Shaffik, Teamwork Terbaik dan Projek Berorientasi Online Terbaik (Nur Sarah Shorieri) dan Pencapaian Cemerlang (Darwish Mokhtar). Program ini bermatlamat memberi pendedahan kepada perspektif baharu terhadap ‘eco-friendly engineering‘ dalam membantu menangani masalah alam sekitar dan meningkatkan kesedaran terhadap pemuliharaannya.

Klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :