Author : Johan Majid

Pertandingan Pertolongan Cemas & Perawatan

Ahad, 29 Julai 2018 – SBPI Gombak hari ini menjadi tuan rumah kepada penganjuran Pertandingan Pertolongan Cemas & Perawatan Peringkat Kebangsaan Ke-60 anjuran St.Johan Ambulans Malaysia.  Pengalaman baharu ini telah mendedahkan murid-murid terhadap dunia pertolongan cemas apabila terlibat secara langsung dalam pengendalian pertandingan pada kali ini. Pihak St.Johan Ambulans juga…

Dialog Prestasi Akademik Calon SPM & PT3 2018

Jumaat, 27 Julai 2018 – Ibu bapa dan penjaga calon-calon menghadiri majlis Dialog Prestasi Akademik Calon SPM & PT3 bagi tahun ini di Dewan Seri Gemilang. Perbincangan dengan guru-guru mata pelajaran dapat memberi gambaran jelas kepada ibu-bapa tentang tahap prestasi akadmik anak-anak mereka. Melalui majlis ini juga Pn Nor Hayati…

Anugerah NILAM PKG Gombak

Rabu, 18 Julai 2018 – Bermula semalam, PKG Gombak telah menganjurkan Anugerah NILAM peringkat daerah yang telah dilaksanakan di SBPI Gombak. Program ini adalah bertujuan mencari calon-calon Tokoh Nilam yang berpotensi untuk mewakili Selangor pada peringkat seterusnya melalui kedua-dua kategori menengah dan rendah. Tahniah dan syabas kepada mereka yang terpilih…

Majlis Riang Ria Aidilfitri 2018

Sabtu, 30 Jun 2018 – Warga SBPI Gombak hari ini mengadakan sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri dengan penuh keriangan. Bermula semalam, acara sembelih seekor lembu dan membakar lemang telah dibuat secara bergotong-royong oleh semua warga sekolah. Majlis jamuan dan ramah mesra yang diadakan di Dewan Seri Gemilang ini diserikan dengan…

Majlis Khatam Al-Quran

Jumaat, 8 Jun 2018 – Bersempena dengan bulan Ramadan dan mengakhiri penggal pertama persekolahan, majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Murid-murid yang memperdengarkan bacaan adalam mewakili semua tingkatan yang ada dengan bimbingan ustaz yang telah diundang. Usai bacaan Al-Quran, Pn Nor Hayati Yusoff (Pengetua SBPI Gombak) dan…

Penilaian Anugerah Kokurikulum Terbilang SBP Kebangsaan

Khamis, 31 Mei 2018 – Seramai tiga orang pegawai dari Bahagian Pengurusan Berasrama Penuh & Sekolah Kecemerlangan, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengadakan sesi lawatan kerja mereka ke SBPI Gombak dan seterusnya membuat penilaian terhadap pengurusan kokurikulum dan pencapaian kokurikulum yang telah dicapai oleh SBPI Gombak.  Penilaian dan pemantauan ini dibuat…

Pelancaran Program HIP & EEC

Selasa, 22 Mei 2018 – Program ‘Highly Immersive Programme’ (HIP) dan ‘Energy Efficiency Challenge’ (EEC) telah dilancarkan secara serentak hari ini sewaktu perhimpunan harian pagi. HIP merupakan program yang untuk memperkukuhkan penguasaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid-murid, manakala EEC pula merupakan kempen menggunakan sumber tenaga elektrik secara bijak tanpa pembaziran yang boleh…

Sambutan Hari Guru

Rabu, 16 Mei 2018 – Hari guru yang disambut seluruh negara hari ini turut diraikan oleh warga SBPI Gombak. Satu majlis khas telah diadakan di Dewan Seri Gemilang bagi meraikan guru-guru yang telah banyak berjasa. Majlis yang membawa tema ‘fantasi’ ini telah diwarnai dengan pelbagai persembahan kreatif murid-murid dan pemakaian…

English Collaborative Programme

Selasa, 15 Mei 2018 – Panitia Bahasa Inggeris SBPI Gombak bersama-sama Panitia Bahasa Inggeris SBPI Rawang dan SM Sains Hulu Selangor hari ini telah mengadakan kerjasama menjalankan program peningkatan Bahasa Inggeris sebagai salah satu persediaan murid menghadapi SPM. Program kali ini lebih berfokus kepada peningkatan kefahaman komponen sastera agar murid-murid…

Pelancaran Ihya’ Ramadan

Selasa, 15 Mei 2018 – Jabatan Agama Islam hari ini melancarkan program Ihya’ Ramadan sempena menyambut ketibaan bulan Ramadan bermula Khamis minggu ini.  Pn Nor Hayati selaku pengetua SBPI Gombak yang telah menyempurnakan pelancaran program berharap semua warga SBPI Gombak dapat mengambil peluang meningkatkan disiplin dalam beribadah sepanjang bulan yang…