Energy Efficiency Challenge 2018

Energy Efficiency Challenge 2018

Rabu, 5 Disember 2018 – SBP Integrasi Gombak telah menyertai Energy Efficiency Challenge atau EE Challenge yang dianjurkan oleh Suruhanjaya Tenaga (Suruhanjaya) bermula 1 April 2018 sehingga 30 September 2018 . Berkat kesungguhan serta dedikasi para guru dan murid, SBP Integrasi Gombak telah berjaya untuk mendapat tempat pertama bagi kategori sekolah-sekolah menengah di zon tengah 2 yang diadakan di peringkat kebangsaan . Pihak sekolah telah membawa pulang cek bernilai RM 5000 serta sijil pencapaian yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Tenaga dan Teknologi Hijau) Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi ,Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) bertempat di Hotel Pullman Lakeside, Putrajaya . Semoga Integomb selepas ini akan sentiasa menyertai program seperti ini bagi menjadikan sekolah yang sentiasa mengamalkan sikap jimat terhadap penggunaan tenaga elektrik .

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :