Kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) Untuk Guru

Kursus Neuro-Linguistic Programming (NLP) Untuk Guru

Ahad, 17 Januari 2016 – Seramai lebih 50 orang guru-guru SBP Integrasi Gombak telah berjaya menamatkan kursus┬áNeuro-Linguistic Programming (NLP) dalam pendidikan setelah berkursus selama dua hari bermula hari Sabtu 16 Januari 2016. Objektif kursus ini adalah untuk meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai teknik NLP agar berupaya mengorak langkah seiring dengan arus globalisasi pendidikan abad 21. Kursus yang telah diadakan di Bangunan Umno, Shah Alam ini telah dikendalikan oleh Tn Haji Md Taib bin Mat, Master Trainer dari Akademi NLP Malaysia.