Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi ke-12

Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi ke-12

18.04.15, SABTU – Majlis Anugerah Kecemerlangan & Graduasi ke-12 pada tahun ini amat bermakna dengan kehadiran Yang Berbahagian Tan Sri Dr Madinah Mohamad, Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai perasmi. Tan Sri Dr Madinah dalam ucapan, beliau berharap agar warga sekolah perihatin dengan dasar-dasar semasa pendidikan dan seterusnya melaksanakannya demi pembangunan ilmu dalam kalangan murid-murid sejajar dengan kehendakĀ Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia yang telah diketahui umum.

Melalui majlis ini kesemua bekas murid tingkatan 5 yang telah menduduki SPM pada tahun lalu telah menerima anugerah pencapaian masing-masing yang telah disampaikan oleh Pn Pengetua sekolah dan Tan Sri Dr Madinah. Pelbagai persembahan seperti gamelan, caklempong, nasyid dan band telah menyerikan majlis.

Saudara Najwan Naim Fadzil telah dipilih sebagai tokoh murid bagi tahun ini berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam pelbagai bidang sepanjang poersekolahan beliau di SBPI Gombak.

MAK003

Perarakan masuk VIP

MAK002

Ucapan perasmian Tan Sri Madinah Mohamad

MAK001

Najwan Naim, Tokoh Murid

MAK004

Persembahan murid

* Anda boleh lihat dan download gambar-gambar lain melalui link di bawah:

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN & GRADUASI 2015