Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, SBP Zon Tengah 2017

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang, SBP Zon Tengah 2017

Isnin, 23 April 2018 – Guru-guru yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2017 daripada 13 buah SBP dalam Zon Tengah telah menghadiri majlis penganugerahan tersebut hari ini yang telah diadakan di SBPI Gombak. Majlis yang disempurnakan oleh YBhg. En Aidie bin Jantan, Pengarah Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan itu juga menyaksikan 6 orang guru dan staf dari SBPI Gombak turut menerima penganugerahan tersebut iaitu Pn Maimunah Ismail, Pn Ku Zainab Ku Md Isa, En Mohd Fuad Abdul Wahab, Pn Mahfuzah Mamat, Pn Khairul Hanisah Mujib dan Pn Maimunah Abd Rahman. Majlis juga telah diserikan oleh persembahan daripada murid-murid SBPI Gombak iaitu angklung, gamelan dan garage band.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :