MAJLIS PELANTIKAN GURU MUDA

MAJLIS PELANTIKAN GURU MUDA

Isnin, 26 Januari 2026 – Majlis Pelantikan Guru Muda merupakan satu pengiktirafan kepada murid yang terpilih yang diberi amanah untuk membantu guru-guru subjek dalam membimbing rakan-rakan satu tingkatan. Pelantikan ini bertujuan memupuk kepimpinan, kerjasama dan budaya saling membantu dalam kalangan murid. Guru Muda berperanan sebagai rakan pembimbing yang menyokong pembelajaran serta menjadi contoh teladan dalam akademik dan sahsiah. Semoga inisiatif ini menjadi pemangkin kecemerlangan berterusan warga pelajar INTEGOMB.

“Bersama Membimbing, Bersama Cemerlang.”

Sila klik pautan ini untuk gambar selanjutnya : https://drive.google.com/drive/folders/1wD0adlz4b-p2hZEzcgIYyUPFdbrnIUO5