Majlis Perpisahan Pn Zamimah Md Johari

Majlis Perpisahan Pn Zamimah Md Johari

Ahad, 07 Jun 2020 – Majlis sempena menghargai perkhidmatan Pn Zamimah Md Johari, bekas Guru Biologi SBPI Gombak telah diadakan hari ini secara online di Youtube menerusi saluran INTEGOMB TV.  Pn Zamimah yang telah memulakan tugas beliau di SBPI Gombak pada 2009 telah bertukar ke Sekolah Alam Shah Putrajaya mulai bulan ini.  Beliau yang banyak mengacarakan  majlis-majlis rasmi sekolah sepanjang berkhidmat di Integomb berharap agar Integomb akan lebih cemerlang di masa hadapan.  Pihak sekolah yang diwakili oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff, Pengetua SBPI Gombak mengucapkan sekalung penghargaan dan berharap Pn Zamimah akan lebih cemerlang di tempat baharu. Majlis kali ini turut dihiasi dengan persembahan multimedia bagi mengimbau sepanjang Pn Zamimah di sekolah ini, di samping persembahan dari murid-murid dan Pn Zamimah sendiri.