Ahad, 30 September 2018 – SBPI Gombak dengan kerjasama BMI serta Universiti Islam Antarabangsa (UIA) telah mengadakan program pengenalan sukan ultimate frisbee. Program yang dijalankan selama 1 hari ini dikendalikan oleh 18 orang tenaga pengajar serta dibantu oleh 2 orang guru. Peserta yang terlibat adalah terdiri daripada murid tingkatan 2 seramai 56 orang dan mengikut rumah sukan masing. Peserta ini telah didedahkan dengan teknik asas permainan frisbee dan juga permainan kecil untuk mereka mengaplikasikan teknik permainan yang telah dipelajari. Semoga dengan pengenalan permainan ini, SBPI Gombak akan dapat mewujudkan kelab frisbee untuk memberi peluang kapada murid-murid untuk bergiat aktif dalam bidang sukan dan seterusnya dapat mengharumkan nama sekolah dalam apa jua pertandingan.
Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :