Pelancaran Bulan Bahasa, Bulan Pusat Sumber, KM1M, NILAM dan Gompedia.FM

Pelancaran Bulan Bahasa, Bulan Pusat Sumber, KM1M, NILAM dan Gompedia.FM

Isnin, 02 April 2018 – Majlis pelancaran 5 buah program dalam satu telah disempurnakan hari ini di Dewan Seri Gemilang oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff. Program-program yang dilancarkan adalah Bulan Bahasa, Bulan Pusat Sumber, Kem Membaca 1Malaysia, NILAM dan Gompedia.FM. Program-program ini dilancarkan adalah untuk memperkasakan murid-murid SBPI Gombak dalam menguasai pelbagai bahasa terutamanya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris di samping tidak mengabaikan bahasa-bahasa lain. Melalui pelancaran ini, program Gompedia.FM yang menjadi radio sekolah telah diperkenalkan dan menjadi salah satu lagi wadah untuk murid-murid berkarya.

Sila klik link di bawah untuk gambar-gambar sekitar peristiwa :