Pendaftaran Murid Tingkatan 1, 2016

Pendaftaran Murid Tingkatan 1, 2016

Rabu, 06 Januari 2016 – SBP Integrasi Gombak menerima hampir 120 orang murid baharu tingkatan 1 melalui pendaftaran kemasukan yang diadakan pada hari ini. Satu taklimat mengenai sekolah dan perjalan harian asrama serta hal ehwal murid dan kokurikulum telah diberikan oleh Pn Rahanim Abd Rahim (Pengetua), Pn Maimunah Ismail (GKP HEM) dan Pn Sarimah Samuri (GPK Kokurikulum).  Naib Pengerusi PIBG juga telah berkesempatan meluangkan masa dan menyampaikan ucapan beliau.  Majlis diserikan lagi dengan acara simbolik penyerahan murid kepada pihak sekolah.

Klik link di bawah untuk lihat foto-foto sekitar peristiwa;