Sebelum memulakan persembahan taklimat diberikan kepada kumpulan Gamelan SBPI Gombak oleh pegawai ATM Mej. Mohamed Azali Bin Md. Yasim.
Pasukan Gamelan SBP Integrasi Gombak telah menerima undangan daripada Angkatan Tentera Malaysia yang berpusat di Markas Logistik Tentera Darat, Kumpulan Kor Perkhidmatan Kem Imphal, Jalan Padang Tembak. Kuala Lumpur untuk membuat persembahan sempena Mesyuarat Panglima-Panglima Angkatan Tentera Negara Asean kali ke 12. Persembahan tersebut di adakan pada 9 Feb. 2015, di Hotel Shangri La Kuala Lumpur bermula jam 8.00 malam. Seramai 15 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah terlibat menjayakan majlis tersebut.
Objektif