Program Jom Ke Sekolah 2019

Program Jom Ke Sekolah 2019

Isnin, 18 Februari 2019 – Program ‘Jom Ke Sekolah’ yang dilancarkan seluruh negara turut berlangsung pelancarannya di sekolah ini. Pelancaran yang berlangsung semasa perhimpunan pagi ini telah dirasmikan oleh Pn Nor Hayati binti Yusoff, pengetua SBP Integrasi Gombak.  Tutut hadir sama adalah Inspektor Muhammad Asraff bin Mohd Nor Anuar, Pegawai Perhubungan Sekolah PDRM yang telah menyampaikan ucapan beliau berkaitan salah laku jenayah dalam kalangan murid.  Pn Pengetua juga dalam ucapan beliau mengharapkan agar murid-murid sentiasa peka dengan kejadian jenayah semasa dan sentiasa memastikan diri tidak terlibat dengan gejala yang tidak diingini.  Selepas acara di dewan Pn Pengetua dan Inspektor Muhammad Asraff turut merasmikan papan kenyataan PPS (Pegawai Perhubungan Sekolah) yang terletak berhampiran kantin.

Sila klik di bawah untuk gambar-gambar sekitar peistiwa :