Selamat Datang Pengetua Baharu SBPI Gombak

Selamat Datang Pengetua Baharu SBPI Gombak

Rabu, 17 Mac 2021 – Pn Wan Suryani binti Wan Mohd Razali secara rasmi telah melapor diri ke SBPI Gombak hari ini bagi menyandang jawatan Pengetua SBPI Gombak yang baharu menggantikan Pn Nor Hayati binti Yusoff. Pn Wan Suryani sebelum ini adalah Guru Penolong Kanan bagi Sekolah Seri Puteri Cyberjaya dan dilantik sebagai Pengetua SBPI Gombak setelah mendapat kenaikan pangkat. Warga SBPI Gombak mengucapkan tahniah dan mengalu-alukan kedatangan Pn Pengetua. Semoga kehadiran beliau dapat membawa SBPI Gombak ke mercu yang lebih baik.