Sit-In Programme : SMP Edu Global Bandung, Indonesia

Sit-In Programme : SMP Edu Global Bandung, Indonesia

Isnin, 29 Februari 2016 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menerima kunjungan seramai 25 orang murid dan 7 orang guru daripada SMP Edu Global Bandung, Indonesia yang telah mengadakan ‘Sit-In Programme’ di sekolah ini. Melalui program ini kedua-dua sekolah telah mengadakan pertukaran budaya dengan persembahan kebudayaan daripada kedua-dua buah negara. Murid-murid dan guru-guru juga dapat saling berkongsi idea dan pendapat berkaitan dengan perkembangan dunia pendidikan masa kini. Selain daripada melawat sekitar kawasan sekolah, delegasi telah dihidangkan dengan persembahan tarian 1Malaysia dan persembahan gamelan beserta band sekolah. Mereka juga telah mempersembahkan nyanyian koir dengan tiupan seruling dan tarian jaipong.

Sila klik link di bawah untuk lihat gambar-gambar sekitar peristiwa :