Author : Johan Majid

Majlis Persaraan Pn Norliza Zainal

Jumaat, 12 Julai 2019 – Pn Norliza binti Zainal, guru Fizik sekolah ini telah menamatkan perkhidmatan beliau hari ini setelah memulakan tugas sebagai guru pada 1986.  Sepanjang perkhidmatan, belau telah menjalankan tugas di 3 buah sekolah termasuk SBPI Gombak sebagai sekolah yang terakhir.  Warga sekolah hari ini mengadakan majlis persaraan…

Karnival STEM Sekolah-Sekolah Gombak

Khamis, 11 Julai 2019 – SBP Integrasi Gombak hari ini telah menjadi tuan rumah kepada penganjuran ‘Karnival STEM’ daerah Gombak. Karnival ini telah melibatkan sekolah-sekolah yang terdapat dalam daerah Gombak.  Karnival ini telah mempertandingan hasil ciptaan inovasi murid-murid dalam kategori inovasi, manakala kehebatan roket air dipertandingkan dalam satu kategori yang…

Jom Makan Buah-buahan Tempatan

Isnin, 08 Julai 2019 – Bersempena dengan musim buah-buahan, pihak PIBG hari ini berbesar hati untuk menjamu seluruh warga sekolah dengan buah-buahan tempatan seperti durian, rambutan dan manggis pada pukul 5.00 petang selepas tamat sesi persekolahan.  Peluang ini telah memberi kesempatan kepada seluruh warga sekolah untuk bersama-sama menikmati buah-buahan tempatan…

Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup 2019

Ahad, 07 Julai 2019 – Kejohanan Taekwondo Kukkiwon Cup Selangor, Zon Tengah dan Jemputan 2019 yang diadakan di SBPI Gombak buat kali ke-2, melabuhkan tirainya hari ini setelah berlangsung selama 3 hari.  Kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Taekwondo (WTF) & Seni Bela Diri Cemerlang itu telah melibatkan penyertaan dari pelbagai…

Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2019

Ahad, 30 Jun 2019 – Memandangkan bulan Syawal masih belum berakhir, warga sekolah hari ini telah bersama-sama mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri pada hari ini. Bertempat di Dewan Seri Gemilang, pihak PIBG sekolah telah berbesar hati menganjurkan Majlis Hari Raya Aidilfitri untuk seluruh warga sekolah dengan kerjasama ahli rumah…

Pertandingan Pertolongan Cemas & Perawatan St. John Ambulans Malaysia 2019

Ahad, 23 Jun 2019 – SBPI Gombak bermula semalam dan hari ini buat kali kedua menjadi tuan rumah kepada penganjuran Pertandingan Pertolongan Cemas & Perawatan Peringkat Kebangsaan Ke-61 anjuran St.John Ambulans Malaysia.  Pengalaman ini telah mendedahkan murid-murid terhadap dunia pertolongan cemas apabila terlibat secara langsung dalam pengendalian pertandingan pada kali…

Fully Residential Schools International Symposium 2019

Sabtu, 15 Jun 2019 – Bermula pada 11 Jun hingga hari ini, SBP Integrasi Gombak telah menjadi tuan rumah kepada penganjuran program Fully Residential Schools International Symposium (FRSIS) bagi tahun 2019.  Bertemakan ‘Smart Industri : Reforming The World’, penganjuran kali ini telah menghimpunkan pasukan-pasukan dari semua sekolah berasrama penuh serta sekolah-sekolah dari…

Majlis Khatam Al-Quran & Salaman Aidilfitri

Jumaat, 24 Mei 2019 – Bersempena dengan bulan Ramadan dan mengakhiri penggal pertama persekolahan, majlis Khatam Al-Quran telah diadakan di Dewan Seri Gemilang. Murid-murid yang memperdengarkan bacaan adalam mewakili semua tingkatan yang ada dengan bimbingan ustaz yang telah diundang. Usai bacaan Al-Quran, Pn Nor Hayati Yusoff (Pengetua SBPI Gombak) dan…

Majlis Iftar Jamaie

Khamis, 16 Mei 2019 – Bersempena dengan bulan Ramadan dan juga Hari Guru, warga SBPI Gombak dengan kerjasama PIBG hari ini mengadakan majlis berbuka puasa ataupun ‘Iftar Jamaie’ yang telah diadakan di Dewan Ser Gemilang.  Majlis yang telah dikelolakan oleh Rumah Delima ini menganjurkan konsep makan dalam dulang yang pernah…

Sambutan Hari Guru 2019

Khamis, 16 Mei 2019 – Walaupun tarikh sambutan hari guru pada tahun ini jatuhnya pada bulan Ramadan, warga SBPI Gombak tetap menyambutnya pada tarikh keramat itu bagi menghargai dan meraikan warga guru SBPI Gombak dalam majlis yang penuh sederhana tetapi tetap meriah.  Bertemakan ‘Anugerah’, pelbagai anugerah telah diberikan kepada para…